Wednesday, February 17, 2010

SOLAH HAJAT & CERAMAH PERDANA SELANGOR

Nota Editor: Rekod Tok Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 20 tahun menunjukkan bahawa senjata ampuh beliau menentang kezaliman UMNO adalah dengan mengadu kembali kepada Allah SWT. Kerajaan negeri Selangor sekarang ini sedang diserang dalam dan luar. Maklumat saya dapat dari dalaman UMNO, pihak atasan UMNO masih belum berpuas hati Selangor belum jatuh kembali ke UMNO. Alhamdulillah, setiap percubaan mereka gagal dan makan tuan i.e. pembunuhan Tee Beng Hock. Penggunaan SPRM untuk melemahkan serta mensabotaj kerajaan Negeri juga gagal. Percubaan Suwardi Yaakob untuk menjatuhkan MB juga menemui kegagalan yang luhur sehingga ke tahap Nazlee GERAK masuk PKR. Namun, segalanya adalah ketentuan Allah SWT dan bukan kerana kekuatan kita.


 

Solat hajat ini WAJIB dihadiri oleh SELURUH RAKYAT MALAYSIA tidak kira agama atau bangsa. Saya berharap untuk melihat Stadium Melawati dipenuhi bukan sahaja dengan orang Islam tetapi juga orang bukan Islam. Dicadangkan keseluruhan kepimpinan DAP dan PKR yang bukan Islam untuk turut hadir menunjukkan sokongan. Pakatan Rakyat adalah lemah dan hanya bergantung kepada kekuatan Allah SWT. Biarlah Allah SWT melindungi kita dari kezaliman dan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional


 

Tulang Besi


 

SOLAH HAJAT & CERAMAH PERDANA

 
 

BERSAMA;

 
 

DATO' TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

DATO' TAN SRI KHALID IBRAHIM

 
 

SABTU MALAM AHAD : 20 FEB 2010 @ 7 MALAM

STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR

 
 

ANJURAN BERSAMA : PAKATAN RAKYAT SHAH ALAM

0 comments: